anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti
najis terlalu keras anda jarang membuang air besar.
Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu.
Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit
(symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).
Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.
Sebab-sebab berlakunya sembelit
- kurang fibre tetapi lebih makanan berlemak dan gula
- kurang minum air
- selalu menahan diri daripada membuang air besar
- kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan
- sebab-sebab emosional seperti tekanan perasaan
- berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid.
- Bagiyang mengandung - hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus
- menyebabkan berlakunya sembelit.
- Di samping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit
- penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism)
- ubat-ubatan seperti ubat narcotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium
- makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement)
- irritable bowel syndrome / spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini juga mengalami cirit-birit)
- penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax) penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah).
- untuk bayi - terdapat susu formula yang agak kuat. Ini menyebabkan berlakunya sembelit
- untuk orang tua - oto-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Disamping itu, orang tua juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman
Apa yang boleh anda lakukan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti sebab-sebab
berlakunya sembelit.
Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan ialah :
minum air yang banyak. Ambil air lemon suam sebelum makan
makan banyak buah-buahan (prune, epal, nanas, pisang dsb),sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats).
tukar gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan akan menyebabkan pergerakan otot-otot usus anda
Ambil ubat :
Stimulant laxative seperti senna dan bisacodyl (Dulcolax).
Pengambilannya tidak boleh diamalkan. Ada ubat ini jenis yang dimakan dan ada juga
yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil suppository)
Bulk fibre / osmotic laxative. Fiber atau serat akan menarik air ke dalam usus dan melembutkan najis anda. Penggunaan yang banyak adalah tidak digalakkan sekiranya anda mengalami sakit jantung atau sakit buah pinggang.
Pelincir glycerine seperti enema yang dimasukkan ke dalam
dubur. Ia memudahkan pembuangan air besar.
Penggunaan mineral oil telah banyak berkurangan sekarang ini
kerana kesan-kesan sampingannya.
ambil vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg
ambil mineral magnesium
ambil bawang putih
ambil acidophilus (bakteria baik - probiotik- yang banyak terdapat di dalam yogurt atau
persediaan kapsul yang dijual di farmasi)
Untuk mereka yang mengandung, jangan ambil ubat-ubatan termasuk ubat
herba. Ada ubat-ubat
herba ini menyebabkan kontraksi (contraction).
No comments:
Post a Comment