Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.
Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh
enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma penyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan
sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang
kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi
karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.
Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat
khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat
galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut
juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit.
Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksid di dalam tubuh atau memudaratkan. Sebaliknya ia merangsang selera makan bagi yang berpenyakit serta bagus untuk golongan yang
mengalami sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta
menguatkan ingatan. Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur
telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya.
Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firma Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, "Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiaannya kamu makan." Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma
mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang
dimakan."
Dikisahkan sewaktu Mariam melahirkan Nabi Isa a.s. di bawah pohon kurma. Telah datang malaikat Jibrail menyuruh Mariam menggegar pohon kurma lantas dimakannya. Dengan izin Allah, ia memudahkan
kelahiran Nabi Isa a.s.
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi.
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Begitu juga dalam rawatan kaedah sufism, menjadikan kurma salah satu penawar penyakit.
Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma
dikatakan menambah tenaga seksual atau batin.
Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar,
kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus
bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
Kita seharusnya memakan buah kurma bukan hanya dalam bulan puasa sahaja. Kurma baik dijadikan
pembasuh mulut selepas makan atau menggantikannya makanan ringan yang rata-rata
mengandungi karbohidrat, garam, lemak dan gula berlebihan yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.
Sunday, June 29, 2008
Wednesday, June 11, 2008
ULSER MULUT / APTHOUS
Ulser mulut adalah penyakit yang kerap terjadi. Biasanya ia akan pulih sendiri dalam masa kurang daripada tiga minggu. Walaupun ia sering berulang, ia tidaklah serius dan juga tidak berjangkit.
Siapakah orang selalu menghidap penyakit ini ?
Ia terjadi pada semua orang. Orang perempuan mungkin lebih kerap mengalaminya, terutamanya semasa mengandung dan pada waktu kedatangan haid.
Tanda-tanda yang selalu dirasai :
tanda-tanda bulat berwarna putih / kuning. Ia selalunya dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah.
ulser ini selalunya tidak melebihi daripada 2 atau 3 mm besarnya.
sakit pada bahagian yang kena terutamanya bila ulser tersentuh dengan makanan atau minuman.
Sebab-sebab terjadinya ulser mulut
Penyebab utama ulser mulut tidak diketahui dengan jelas. Bagaimanapun beberapa faktor perlu diambil kira :
kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
daya menahan sakit yang lemah.
kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
tekanan perasaan (stress).
alahan kepada makanan seperti nanas dsb.
penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).
Langkah-langkah yang boleh anda lakukan
jauhi makanan yang terlalu banyak rempah.
kurangkan air berasid.
gunakan antiseptik untuk berkumur.
letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
minum air dengan banyak.
elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
ambil mineral zink dan zat besi.
tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.
Buat pemeriksaan lanjut
Anda perlu membuat pemeriksaan lanjut sekiranya :
ulser yang anda alami agak besar, melebihi 2 mm.
ulser berdarah.
tidak sembuh dalam masa 3 minggu.
Anda perlu membuat pemeriksaan untuk menentukan keadaan sebenarnya. Ulser yang serius seperti di atas mungkin disebabkan oleh perkara-perkara lain seperti kanser mulut atau STD.

SEMBELIT
Sembelit berlaku bila :
anda susah membuang air besar, kerana sebab-sebab tertentu seperti
najis terlalu keras anda jarang membuang air besar.
Ramai orang keliru bila dikatakan "jarang membuang air besar". Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu.
Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ia hanyalah satu tanda penyakit
(symptom). Orang yang sembelit juga selalunya merasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut).
Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.
Sebab-sebab berlakunya sembelit
Apa yang boleh anda lakukan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti sebab-sebab
berlakunya sembelit.
Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan ialah :
minum air yang banyak. Ambil air lemon suam sebelum makan
makan banyak buah-buahan (prune, epal, nanas, pisang dsb),sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats).
tukar gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan akan menyebabkan pergerakan otot-otot usus anda
Ambil ubat :
Stimulant laxative seperti senna dan bisacodyl (Dulcolax).
Pengambilannya tidak boleh diamalkan. Ada ubat ini jenis yang dimakan dan ada juga
yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil suppository)
Bulk fibre / osmotic laxative. Fiber atau serat akan menarik air ke dalam usus dan melembutkan najis anda. Penggunaan yang banyak adalah tidak digalakkan sekiranya anda mengalami sakit jantung atau sakit buah pinggang.
Pelincir glycerine seperti enema yang dimasukkan ke dalam
dubur. Ia memudahkan pembuangan air besar.
Penggunaan mineral oil telah banyak berkurangan sekarang ini
kerana kesan-kesan sampingannya.
ambil vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg
ambil mineral magnesium
ambil bawang putih
ambil acidophilus (bakteria baik - probiotik- yang banyak terdapat di dalam yogurt atau
persediaan kapsul yang dijual di farmasi)
Untuk mereka yang mengandung, jangan ambil ubat-ubatan termasuk ubat
herba. Ada ubat-ubat
herba ini menyebabkan kontraksi (contraction).

- kurang fibre tetapi lebih makanan berlemak dan gula
- kurang minum air
- selalu menahan diri daripada membuang air besar
- kurang bersenam atau pergerakan, contohnya selepas kemalangan
- sebab-sebab emosional seperti tekanan perasaan
- berkaitan dengan hormon seperti mengandung dan datang haid.
- Bagiyang mengandung - hormon progesterone yang tinggi meregangkan otot-otot usus
- menyebabkan berlakunya sembelit.
- Di samping itu, janin yang menekan bahagian usus juga menyebabkan sembelit
- penyakit-penyakit seperti lupus, sclerosis, parkinson dan penyakit endocrine (kencing manis, hypothyroidism)
- ubat-ubatan seperti ubat narcotik seperti ubat batuk yang mengandungi codeine, diuretik, anti-histamine, anti-depressant, ubat gastrik yang mengandungi aluminium atau kalsium
- makanan tambahan seperti zat besi (iron supplement)
- irritable bowel syndrome / spastic colon (selalunya orang yang menghadapi masalah ini juga mengalami cirit-birit)
- penggunaan laxative (ubat sembelit) yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya sembelit. Ubat ini selalu digunakan oleh mereka yang ingin mengurangkan berat badan mereka. Contoh ubat ialah senna (Senokot) dan bisacodyl (Dulcolax) penyakit-penyakit usus seperti diverticulitis selalunya ia berlaku bersama-sama dengan demam dan sakit perut (bahagian bawah).
- untuk bayi - terdapat susu formula yang agak kuat. Ini menyebabkan berlakunya sembelit
- untuk orang tua - oto-otot perut dan usus menjadi semakin lemah bila usia meningkat. Disamping itu, orang tua juga selalunya kurang melakukan aktiviti seperti senaman
Apa yang boleh anda lakukan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti sebab-sebab
berlakunya sembelit.
Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan ialah :
minum air yang banyak. Ambil air lemon suam sebelum makan
makan banyak buah-buahan (prune, epal, nanas, pisang dsb),sayur-sayuran dan essential fatty acids seperti kekacang dan ikan kurangkan kopi, teh, susu, makanan dari sumber susu dan makanan berlemak dari haiwan (saturated fats).
tukar gaya hidup dengan melebihkan senaman. Senaman atau pergerakan badan akan menyebabkan pergerakan otot-otot usus anda
Ambil ubat :
Stimulant laxative seperti senna dan bisacodyl (Dulcolax).
Pengambilannya tidak boleh diamalkan. Ada ubat ini jenis yang dimakan dan ada juga
yang dimasukkan ke dalam dubur (ubat jenis ini dipanggil suppository)
Bulk fibre / osmotic laxative. Fiber atau serat akan menarik air ke dalam usus dan melembutkan najis anda. Penggunaan yang banyak adalah tidak digalakkan sekiranya anda mengalami sakit jantung atau sakit buah pinggang.
Pelincir glycerine seperti enema yang dimasukkan ke dalam
dubur. Ia memudahkan pembuangan air besar.
Penggunaan mineral oil telah banyak berkurangan sekarang ini
kerana kesan-kesan sampingannya.
ambil vitamin C sekurang-kurangnya 1,000mg
ambil mineral magnesium
ambil bawang putih
ambil acidophilus (bakteria baik - probiotik- yang banyak terdapat di dalam yogurt atau
persediaan kapsul yang dijual di farmasi)
Untuk mereka yang mengandung, jangan ambil ubat-ubatan termasuk ubat
herba. Ada ubat-ubat
herba ini menyebabkan kontraksi (contraction).
Sunday, April 6, 2008
HABBATUS SAUDA’
Black seed / Bijian hitam / Nigella sative / Habbatus sauda / Jintan India
Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"
Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Rasulullah bersabda: "Gunakanlah Nigella Sativa
(Habbatussauda), karena didalamnya terdapat obat dari segala macam
penyakit kecuali As Sam (maut)." (HR.Bukhari-Muslim
Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda.
1. Nilai pemakanan
Habbatus sauda kaya dengan :
monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
polysaccharide
fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
amino acid yang membentuk protein
karotene iaitu sumber vitamin A
kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

TERDEDAH KEPADA PENYAKIT RHEUMATISM
Pada waktu musim sejuk, sesetengah penyakit yang bersangkutan dengan tulang dan
sendi-sendi akan terjadi. Udara sejuk pada umumnya akan menambahkan rasa
kesakitan terhadap pesakit ini akibat dari kesan-kesan udara sejuk terhadap anggota
badan. Kadang-kadang kesakitan dan penyakit ini berlaku tanpa tanda-tanda awalan.
Di dalam beberapa detik serangannya, sendi-sendi pesakit terasa ngilu dan
menyucuk-nyucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain dan ketegangan di sekitar
sendi-sendi pun berlaku.
1 Faktor-faktor penyebab penyaki ini :
i) Tidak prihatin atau lalai terhadap setiap jenis penyakit dan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi serta cara mencegahnya.
ii) Terdedah kepada cuaca sejuk yang merbahaya. Sesetengah pesakit tidak mengambil berat di dalam menjaga kesihatan diri, bahaya cuaca serta pencemaran udara. Dari udara yang tercemar membuatkan badan dimasuki udara sejuk yang mengakibatkan sendi-sendi dan tulang-tulang rasa sengal, sakit-sakit dan ngilu.
iii) Tidak mengeringkan kesan air yang mengenai anggota badan terutamanya di bahagian kepala. Ini akan mengakibatkan sakit-sakit di bahagian kepala, bias-bisa dibahagian urat saraf serta bahagian otak
2 Bahaya dan kesan-kesannya :
i) Lanjutan dari penyakit ini akan menyebabkan pula penyakit rheumatoid. Penyakit ini berlaku dari rasa ketegangan dan sakit-sakit di bahagian hujung-hujung sendi, seperti di hujung-hujung jari, dua tangan, dua lutut, kaki, siku dan bahu. Kebiasaannya pesakit ini agak berasa sukar dalam menggerakkan sendi-sendi di samping kesakitan-kesakitan yang berlaku pada waktu setelah mengambil rehat yang lama. Terkadang penyakit jenis ini, boleh mengenai paru-paru dan menutup pembuluh pernafasan yang akan mengakibatkan salur pernafasan tersumbat serta rasa sakit di bahagian dada.
ii) Terkena demam Rheumatism. Sesetengah pesakit akan mengenai demam yang dipanggil demam rheumatism.
Doktor Ahmad Fuad Anbari, doktor sakit dalam perut dan rheumatism di Universiti Al-Azhar ada mengatakan mengenai tanda-tanda penyakit ini melalui kajian ‘mikroskop’. Di antara kesan yang mengekori penyakit ini setelah berlaku 2-3 minggu penyakit ini menyerang ia akan menyebabkan demam yang dipanggil ‘Demam Rheumatism’. Tanda-tanda awalannya meningkat darjah kepanasan pada diri pesakit yang lahir dari ketegangan sendi-sendi serta diiringi dengan sakit-sakit dan bengkak-bengkak di sekitarnya hingga sukar untuk bergerak buat beberapa hari.
iii) Akibat dari kekacauan fikiran.
Para ilmuan menetapkan bahawa bertambahnya kekacauan di dalam pemikiran boleh membawa berlakunya sakit anggota Rheumatism. Hal ini berlaku ketika terdapat pengisian di dalam kejiwaan pesakit. Lanjutan dari rasa cita-cita yang tidak kesampaian. Terkadang penyakit jenis ini hasil dari pemerahan otak secara lasak tanpa istirehat.
iv) Mengancam kesihatan kanak-kanak.
Penyakit ini sering menyerang dan membahayakan kesihatan kanak-kanak. Kanaka-kanak ini akan mudah dihinggapi penyakit radang hati dan radang sendi, rasa gigil dan ngilu akan mengenai pergerakan jari-jari bayi, serta diiringi dengan peningkatan suhu badan secara mendadak.
PENJAGAAN DAN RAWATAN
5.1 Menjauhkan diri dari terdedah kepada udara sejuk sekadar yang terdaya.
5.2 Mengambil ubat-ubatan secara banyak, kerap serta berperaturan.
5.3 Berjumpa dengan doktor-doktor pakar di dalam mengambil rawatan.
5.4 Menjauhi tempat-tempat yang sesak.
5.5 Menjauhi dari ditimpa oleh kuman-kuman berulang-ulang kali.
5.6 Mengambil aspirin untuk melegakan rasa sakit dan mengurangkan darjah kepanasan.
5.7 Mengambil rawatan mikroskop cuaca pagi.
Sakit belakang
Penyakit ini haruslah diambil perhatian yang khusus kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi bongkok tiga sebelum pada masanya. Ia juga boleh melibatkan kedinginan dalam hubungan kelamin hingga boleh menyebabkan lumpuh separuh badan. Penyakit boleh dikesan sekiranya bangkit daripada awal tidur terasa lenguh di bahagian tulang belakang ataupun tidak boleh duduk tegak lebih daripada 10 minit.
Lenguh di bahagian sendi
Perkara ini mudah terjadi apabila seseorang itu gemar memusingkan tubuh badannya kekiri dan ke kanan dengan paksaan atau mematahkah jejari. Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh kurangnya air dalam tubuh badan dan memakan benda yang berasid.
Tidak bermaya
Perkara ini sering menimpa kepada mereka yang kurang membuat sesuatu kerja yang mengeluarkan peluh atau haba di dalam badan .Ini boleh menyebabkan urat saraf tidak berfungsi dengan baik dan akan menyebabkan seseorang itu berasa bosan lalu mudah dihinggapi penyakit.
Penyakit ini biasanyaberlaku apabila terlalu sejuk dan juga terlalu kerap minum air batu. Ia biasa dihadapi oleh mereka yang mengalami lemah sendi.
Untuk kekuatan tulang belakang.
Meniarap dengan menongkat badan menggunakan kedua-dua siku. Angkatkan pinggang sama rata dengan badan. Pastikan postur badan lurus dan stabil. Amalkan dalam masa dua sehingga lima minit. Atau amalkan bersila sambil menegakkan badan selama 15 minit setiap kali selepas solat subuh

Subscribe to:
Posts (Atom)