Sunday, April 6, 2008

HABBATUS SAUDA’

Black seed / Bijian hitam / Nigella sative / Habbatus sauda / Jintan India


Nabi Muhammad pernah bersabda "Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati"


Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


Rasulullah bersabda: "Gunakanlah Nigella Sativa
(Habbatussauda), karena didalamnya terdapat obat dari segala macam
penyakit kecuali As Sam (maut)." (HR.Bukhari-Muslim


Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus sauda.

1. Nilai pemakanan

Habbatus sauda kaya dengan :

monosaccharide glukosa, xylosa dsb.

polysaccharide

fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan

amino acid yang membentuk protein

karotene iaitu sumber vitamin A

kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi

Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor

Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.



TERDEDAH KEPADA PENYAKIT RHEUMATISM

Pada waktu musim sejuk, sesetengah penyakit yang bersangkutan dengan tulang dan
sendi-sendi akan terjadi. Udara sejuk pada umumnya akan menambahkan rasa
kesakitan terhadap pesakit ini akibat dari kesan-kesan udara sejuk terhadap anggota
badan. Kadang-kadang kesakitan dan penyakit ini berlaku tanpa tanda-tanda awalan.
Di dalam beberapa detik serangannya, sendi-sendi pesakit terasa ngilu dan
menyucuk-nyucuk, lalu menjalar ke anggota sendi yang lain dan ketegangan di sekitar
sendi-sendi pun berlaku.

1 Faktor-faktor penyebab penyaki ini :

i) Tidak prihatin atau lalai terhadap setiap jenis penyakit dan kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi serta cara mencegahnya.

ii) Terdedah kepada cuaca sejuk yang merbahaya. Sesetengah pesakit tidak mengambil berat di dalam menjaga kesihatan diri, bahaya cuaca serta pencemaran udara. Dari udara yang tercemar membuatkan badan dimasuki udara sejuk yang mengakibatkan sendi-sendi dan tulang-tulang rasa sengal, sakit-sakit dan ngilu.

iii) Tidak mengeringkan kesan air yang mengenai anggota badan terutamanya di bahagian kepala. Ini akan mengakibatkan sakit-sakit di bahagian kepala, bias-bisa dibahagian urat saraf serta bahagian otak

2 Bahaya dan kesan-kesannya :

i) Lanjutan dari penyakit ini akan menyebabkan pula penyakit rheumatoid. Penyakit ini berlaku dari rasa ketegangan dan sakit-sakit di bahagian hujung-hujung sendi, seperti di hujung-hujung jari, dua tangan, dua lutut, kaki, siku dan bahu. Kebiasaannya pesakit ini agak berasa sukar dalam menggerakkan sendi-sendi di samping kesakitan-kesakitan yang berlaku pada waktu setelah mengambil rehat yang lama. Terkadang penyakit jenis ini, boleh mengenai paru-paru dan menutup pembuluh pernafasan yang akan mengakibatkan salur pernafasan tersumbat serta rasa sakit di bahagian dada.

ii) Terkena demam Rheumatism. Sesetengah pesakit akan mengenai demam yang dipanggil demam rheumatism.

Doktor Ahmad Fuad Anbari, doktor sakit dalam perut dan rheumatism di Universiti Al-Azhar ada mengatakan mengenai tanda-tanda penyakit ini melalui kajian ‘mikroskop’. Di antara kesan yang mengekori penyakit ini setelah berlaku 2-3 minggu penyakit ini menyerang ia akan menyebabkan demam yang dipanggil ‘Demam Rheumatism’. Tanda-tanda awalannya meningkat darjah kepanasan pada diri pesakit yang lahir dari ketegangan sendi-sendi serta diiringi dengan sakit-sakit dan bengkak-bengkak di sekitarnya hingga sukar untuk bergerak buat beberapa hari.

iii) Akibat dari kekacauan fikiran.

Para ilmuan menetapkan bahawa bertambahnya kekacauan di dalam pemikiran boleh membawa berlakunya sakit anggota Rheumatism. Hal ini berlaku ketika terdapat pengisian di dalam kejiwaan pesakit. Lanjutan dari rasa cita-cita yang tidak kesampaian. Terkadang penyakit jenis ini hasil dari pemerahan otak secara lasak tanpa istirehat.

iv) Mengancam kesihatan kanak-kanak.

Penyakit ini sering menyerang dan membahayakan kesihatan kanak-kanak. Kanaka-kanak ini akan mudah dihinggapi penyakit radang hati dan radang sendi, rasa gigil dan ngilu akan mengenai pergerakan jari-jari bayi, serta diiringi dengan peningkatan suhu badan secara mendadak.

PENJAGAAN DAN RAWATAN

5.1 Menjauhkan diri dari terdedah kepada udara sejuk sekadar yang terdaya.

5.2 Mengambil ubat-ubatan secara banyak, kerap serta berperaturan.

5.3 Berjumpa dengan doktor-doktor pakar di dalam mengambil rawatan.

5.4 Menjauhi tempat-tempat yang sesak.

5.5 Menjauhi dari ditimpa oleh kuman-kuman berulang-ulang kali.

5.6 Mengambil aspirin untuk melegakan rasa sakit dan mengurangkan darjah kepanasan.

5.7 Mengambil rawatan mikroskop cuaca pagi.


Sakit belakang

Penyakit ini haruslah diambil perhatian yang khusus kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi bongkok tiga sebelum pada masanya. Ia juga boleh melibatkan kedinginan dalam hubungan kelamin hingga boleh menyebabkan lumpuh separuh badan. Penyakit boleh dikesan sekiranya bangkit daripada awal tidur terasa lenguh di bahagian tulang belakang ataupun tidak boleh duduk tegak lebih daripada 10 minit.

Lenguh di bahagian sendi

Perkara ini mudah terjadi apabila seseorang itu gemar memusingkan tubuh badannya kekiri dan ke kanan dengan paksaan atau mematahkah jejari. Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh kurangnya air dalam tubuh badan dan memakan benda yang berasid.

Tidak bermaya

Perkara ini sering menimpa kepada mereka yang kurang membuat sesuatu kerja yang mengeluarkan peluh atau haba di dalam badan .Ini boleh menyebabkan urat saraf tidak berfungsi dengan baik dan akan menyebabkan seseorang itu berasa bosan lalu mudah dihinggapi penyakit.
Penyakit ini biasanyaberlaku apabila terlalu sejuk dan juga terlalu kerap minum air batu. Ia biasa dihadapi oleh mereka yang mengalami lemah sendi.

Untuk kekuatan tulang belakang.

Meniarap dengan menongkat badan menggunakan kedua-dua siku. Angkatkan pinggang sama rata dengan badan. Pastikan postur badan lurus dan stabil. Amalkan dalam masa dua sehingga lima minit. Atau amalkan bersila sambil menegakkan badan selama 15 minit setiap kali selepas solat subuh


BKMIP

LAMAN PILIHAN

LAMAN PILIHAN

BERITA SEMASA

PESANAN

MAKTABAH ILMU

KUNJUNGAN